Ini Blog Baru aku * Aku lebih tenang disini * Berpindah disini * Cari aku Disini.

BALADEWA SEJATI TAKKAN PERNAH MATI
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Tuesday, May 19, 2009

Ku Pendam Sebuah Keinginan...


* 998cc, liquid-cooled 4-stroke DOHC 16 valves (titanium valves)
*Bore x Stroke : 78.0mm X 52.2mm
*Fuel Delivery : Fuel Injection with YCC-T and YCC-I
*Ignition TCI : Transistor Controlled Ignition
*Transmission : 6-speed w/multi-plate slipper clutch



Aku sungguh teruja utk memiliki superbike ini. Namun kupendamkan hasrat ini mungkin utk sementara atau mungkin utk selamanya. Teringat kisah dimana aku menyatakan hasrat utk memiliki superbike ini. Kisah tentangan & kutukan dari mereka yg rapat dgn aku.

Kawan2 Aku :
1. “ ko ni xsesuai bwk moto ni r.. mcm !@#$#$ je..” – Kutukan
2. “ Beli la, keta ko bagi aku pakai” – Amik kesempatan
3. “ Larat ke ko nak angkat moto tu time dia jatuh? “ – Kutukan

Family aku:
1. “ klu abg ada duit, beli la.. tp jgn susahkan papa” – Ayah aku
2. “ JANGAN MENGADA2!” – Ibu aku.. haha ( kali pertama tanya )
3. “ Jangan membazir duit boleh x?” – Ibu aku ( utk kali kedua tanya)

Cik Lynn :
1. “U beli la, I potong dua moto tu” - kali pertama tanya.. hahaha
2. “Suka hati u la nak beli ke x, Duit U” - Kali kedua tanya.. haha


Sebenarnya, bukan factor diatas yg menyebabkan aku hilang keinginan aku utk memiliki superbike ini. Tapi atas alasan lain. Aku sebenarnya ingin menyimpan wang utk sesuatu tujuan yg murni. Apa tujuan itu? Hanya aku, cik lynn & family aku je yg tau. So, mungkin aku akan mula memikirkan utk memiliki superbike ini selepas tujuan aku berjaya dengan cemerlang kelak.


Aku juga tidak akan merasa kesal, terkilan, kecik ati atau ingin membunuh diri jika ditakdirkan superbike ini tidak berjaya aku miliki nnt. haha

Saturday, April 4, 2009

kesan ekonomi meleset kat aku

aku rasa ramai yg tahu ekonomi sekarang sedang mengalami kegawatan. Mungkin ada yg terkena tempiasnyer. Aku adalah salah sorang dari mereka itu. Aku bukan la kena buang keje atau pun dikurangkan gaji akibat masalah itu, tapi aku terkena akibatnya secara tidak langsung.

ceritanya macam ni...
aku duduk hanya berdua dirumah. Menyewa sejak parent aku bersara & berpindah ke segamat atas alasan diorg dah beli rumah kat sana & nak duduk dgn parent ayah aku ( atuk aku ). Walaupun aku dgn housemate aku tak ngam sgt sbb tahap kemalasan & kedekut dia yang amat, tapi aku tetap senyum. bagi aku perangai masing2.

nak dijadikan citer, akibat kemelesetan ekonomi skrg ni, dia dibuang keje. dia tanya aku ada keje kosong tak kat tempat aku. aku cakap takde coz company aku tgh cut cost skrg ni. Akibat takde keje & puas cari keje & xdapat keje, akhirnya dia ambil keputusan utk pulang ke kampung.

Sekarang aku duduk seorang dirumah. yg memeningkan aku, aku terpaksa menyewa seorang . lari budget aku. dulu aku kongsi berdua. sekarang sume sorg2. ish.. bertambah lagi kos sara diri aku di muka dunia ni.

aku mmg nak cari housemate baru dalam masa terdekat ni. Tapi tak tau nak cari kat mana. ish.. tekanan kuasa 7 ni. aku terfikir jugak nak pindah ke rumah yg lebih kecil & murah. tapi.. aku tak tau nak cari kat mana.. ish.. tension! tension!

Friday, April 3, 2009

Siapa sebenarnya aku?

Aku adalah aku. Errul @ Bulans @ dhani ahmad @ christiano Ronaldo atau ape2 pun gelaran yg berikan kepada aku, aku tetap aku. Bekerja dibahagian Automotive design untuk kereta malaysia ke 2. kereta malaysia ke 2 mesti korang tau ape kan? Kerja aku merekacipta, menjalankan projek & men"upgrade"kan product yg sedia ada.

Hobi aku ada 2. Yg maha pertama ialah music. aku addict dgn music. aku boleh bermain gitar, bass, drum, keyboard, piano, rekoder(haha) dan beberapa instrument music yg lain. boleh dikatakan aku jiwa aku kat sini. amat meminati Dewa19 + Muse. kalau malaysia band, aku minat meet uncle hussain skrg ni. biasanya citarasa band malaysia, aku sering follow kejap2 je..

second hobi aku ialah futsal. aku akan menghadiri latihan futsal setiap hari isnin selama 2 jam. Dan kalau ada friendly atau tournament, Pengurus nak aku beraksi, aku akan main. (biasanya mmg kena main).oh ya, aku kipas susah mati Manchester united. sila kagum ye.. hehe

aku suka dermakan kasut & seluar aku kat kawan2. bila aku dah bosan pakai. aku akan bagi kat diorang. aku suka makan sate. minuman ruji aku Teh o. kat rumah minum tu, kat luar pun nak minum tu. amat suka menonton wayang. seminggu sampai 5 kali pun ada. tapi sejak2 akhir2 aku kurang sikit coz bz.

aku suka lepak mamak. tak kira la dgn sape. dgn kawan2 aku, sorg2.. kadang2 dating pun kat mamak (kesian awek aku.. haha).

aku xreti duduk rumah. panas punggung. aku mesti cari aktiviti untuk penuhkan masa aku. xkira la jamming ke, futsal ke, lepak mamak ke. tgk wayang ke. ape2 je la.

aku benci kena paksa. aku benci outstation lame2. aku suka tgk DVD concert. layan you tube & mp3. aku benci kalau aku sakit. sume aktiviti aku kena postpone.

so korg sume, inilah aku...

*kalau korg terror. sila teka aku yg mana?

p/s: aku yg kurus kering tu..

Wednesday, April 1, 2009

Aduhai.. ape nak wat ni

semalam, aku submit leave form untuk cuti berehat sabtu ni. Aku inginkan cuti yg panjang dimana hari isninnya aku terpaksa oustation di KL selama seminggu.

Setelah penat berfikir alasan yg logik utk bercuti (takkan nak tulis saje2 nak cuti.. confirm x approve), aku nekad hantar leave form dgn alasan aku kena perform kat Gigs pada hari berkenaan. Mmg ada gig hari tu & band member aku perform kat situ. So aku amik kesempatan utk mengunakan alasan itu. Lagipun bos aku tau aku aktif music & dia menyokongnya.

Setelah yakin dgn susunan ayat, aku mengadap bos aku. Dengan tutur kata yg lancar & sopan, ditambah pulak dgn bodek2 maut aku, akhirnya leave form aku ditandatangani.

Nak dijadikan cerita, bos aku boleh cerita kat PA dia pasal cuti aku tu. Pagi tadi, masa aku sampai opis, PA bos aku dtg jumpa aku dan beritahu Suaminya juga akan perform kat gigs yg sama. Dia pun akan dtg kat gigs tu selepas habis kerja (hari sabtu kitaorg halfday & gigs tu start kul 1pm) & nak tgk aku perform. ( aku mmg tau suami dia main gig gak). Dia punya excited siap tanya aku perform no berapa......

aduh.. masalah.. nak wat macam mana ni.. teringat pesan mak aku jgn suka bohong2...takkan tetiba je aku cakap aku tak jadi perform.. macam mana dgn leave aku plak?.. aduh.. xde idea dah ni... aduh.. ish..alahai...help me!

Friday, March 20, 2009

Al Fatihah

Tanggal 18 March 2009 Jam 8.15pm.
Datuk telah Menyambut Panggilan Ilahi.
semoga Rohnya dicucuri Rahmat..
semoga ditempatkan dikalangan orang yg beriman.
Mudah2an Insyallah.
"AL FATIHAH"
Mohamed Dom Bin Hassan.
1930 ~ 2009

Saturday, March 14, 2009

Mahu ini..

saya mahu ini. sila belikan saya. hadiahkan kepada saya. hahaha


Selamat Hari Sabtu. Baru saje balik lepak dengan Afnan (sodo) & Hamidon ( NADA band). Cerita pasal hotfm twisties bingit yang mereka sertai. Afnan beli Multieffect baru. BOSS GT10B. Aku sangat cemburu. Siapa mahu belikan aku?. Siapa mahu hadiahkan aku? Sila angkat tangan. Aku hanya pakai Analog. Ingin yg advanced. hahaha. simpan harapan untuk memiliki. ingin simpan duit membelinya. pikir kembali. xjadi. Harga dekat dua ribu. Membazir. Baik simpan untuk kawin. Hahaha. So akhirnya. keputusan dibuat. pakai ape yang ada. aku pun bukan hebat sangat. Effect aku apa kurangnya. hebat juga. hahaha. tapi kalau ingin merasa. aku hanya perlu pinjam dari Afnan. hahahha.. NAN!!! PINJAM GADGET KO!!!!!

Wednesday, March 4, 2009

Risalah Hati

hari ni aku demam teruk.. giler ah..
tak leh gi keje.. MC..
mungkin sebab hujan yg tak berhenti mencurah bumi 4 - 5 hari ni..
owh ya.. Ibu dah keluar hospital hari ni =)
tak dapat main futsal malam semalam..
mungkin juga tak dapat jamming malam ni..
tgh layan cerita agness monica : Jelita ( hahaha.. dia comey!)
sambil dgr MP3 lagu Muse: Time is Running Out
baru nak fikir nak makan apa..
perut dah buat konsert keroncong
tapi tekak tak nak buka selera..
entahlah..
terfikir untuk tido balik...
rehat & senangkan diri.. bukan senang nak dpt cuti!
hahahahahha =)

Thursday, February 26, 2009

Kronologi yg mendebarkan..

Aku tidak dapat lena dgn tenang semalam..
pembedahan ibu...
segala urusan dilakukan oleh ayah aku..
dia juga yg mengUPDATE melalui SMS status ibu kepada semua adik beradik aku..

"Kronologi yg mendebarkan.."

6.20pm ( 25/02/09)
aku terima SMS daripada ayah aku
" Ibu di bilik 23 menara utama PPUM "
Jantung berdebar laju..
macam lepas lari 500m berpagar

7.49am ( 26/02/09 )
SMS juga daripada ayah aku
" Ibu sekarang dah masuk ke Operation Theatre "
time ni aku tgh breakfast, terhenti makan..
mengucap dan berdoa kepada Yang MAHA ESA
moga segalanya berjalan lancar..

9.57am (26/02/09 )
lagi SMS dari ayahku
"Alhamdulilah.. Ibu dah selamat menjalani pembedahan..."
YA ALLAH... SYUKUR KE HADRATMU..
TERIMA KASIH KERANA MENERIMA DOA KU..
AMIN..



p/s : aku sedang bersiap2 untuk berangkat ke KL malam ni utk berjumpa ibu tersayang...

Tuesday, February 24, 2009

hmm.. tiada kata...

Aku baru sahaja pulang dari rumah ibu tempoh hari..
kelihatan sihat & macam tak sakit..
mungkin ibu sembunyikan..
aku berlakon seperti biasa..
seperti biasa kalau aku pulang ke sana..
walaupun hatiku sedih & kesian melihat ibu..
sebelum pulang dari rumahnya haritu,
dia berpesan..
jangan lupa sembahyang..
jangan nakal sangat..
jangan gaduh adik beradik..
ibu..
mmg abg yg paling jahat dlm adik beradik..
mmg abg yg paling degil dalam anak2 ibu yg lain..
tapi abglah orang yg paling sygkan ibu..
cuma abg tak tau & reti nak tunjukkan..
hmm..
hari ini ibu berangkat ke HUKM..
bersedia untuk pembedahannya khamis ini..
aku doakan berjalan lancar..
aku harapkan tiada yg buruk terjadi..
aku sayang ibu..

Thursday, February 19, 2009

Doakan Ibu Saya..

Tanggal 26hb Februari ini,
Ibu akan menjalani pembedahan untuk membuang kansernya di HUKM ..
Breast cancer!
satu yg menakutkan untuk aku dengar
apatah lagi kaum wanita seperti ibu..
aku doakan ibu selamat..
aku doakan ibu tabah..
aku doakan ibu kembali seperti dulu..
aku sayang ibu..
aku tak mahu kehilangan dia..
alu tak sanggup kehilangan dia..
aku sayang dia..
aku terlalu sayang dia..
doakan ibu saya...

Tuesday, February 17, 2009

Kini aku kembali Menulis.

Tiada lagi cerita lama..
Tiada lagi diari si bulan..
Tiada lagi hinaan..
Tiada Lagi Pergaduhan...
Tiada Lagi yang Tinggal..