semalam, aku submit leave form untuk cuti berehat sabtu ni. Aku inginkan cuti yg panjang dimana hari isninnya aku terpaksa oustation di KL selama seminggu.
Setelah penat berfikir alasan yg logik utk bercuti (takkan nak tulis saje2 nak cuti.. confirm x approve), aku nekad hantar leave form dgn alasan aku kena perform kat Gigs pada hari berkenaan. Mmg ada gig hari tu & band member aku perform kat situ. So aku amik kesempatan utk mengunakan alasan itu. Lagipun bos aku tau aku aktif music & dia menyokongnya.
Setelah yakin dgn susunan ayat, aku mengadap bos aku. Dengan tutur kata yg lancar & sopan, ditambah pulak dgn bodek2 maut aku, akhirnya leave form aku ditandatangani.
Nak dijadikan cerita, bos aku boleh cerita kat PA dia pasal cuti aku tu. Pagi tadi, masa aku sampai opis, PA bos aku dtg jumpa aku dan beritahu Suaminya juga akan perform kat gigs yg sama. Dia pun akan dtg kat gigs tu selepas habis kerja (hari sabtu kitaorg halfday & gigs tu start kul 1pm) & nak tgk aku perform. ( aku mmg tau suami dia main gig gak). Dia punya excited siap tanya aku perform no berapa......
aduh.. masalah.. nak wat macam mana ni.. teringat pesan mak aku jgn suka bohong2...takkan tetiba je aku cakap aku tak jadi perform.. macam mana dgn leave aku plak?.. aduh.. xde idea dah ni... aduh.. ish..alahai...help me!