Ini Blog Baru aku * Aku lebih tenang disini * Berpindah disini * Cari aku Disini.
Monday, June 1, 2009
AKU SUKA DIA!!
Wednesday, April 29, 2009
Kesultanan cinta…

Kesultanan cinta…
Ini merupakan judul terbaru album Dewa19 selepas Laskar Cinta, Pangeran Cinta & Kerajaan cinta. Apa yg aku tau, album ini sepatutnya direleasekan pada Akhir 2008, namun sampai sekarang, belum lagi berada dipasaran.
Kesultanan cinta juga mempertaruhan lagu barat lama yg di rombak semula muziknya oleh mereka. Antara lagunya ialah “bohemian rhapsody” & “we are the champion” milik queen, “zombie” cranberries, “ordinary world” duran-duran, serta lagu “imagine” the beatless.
Juga terdapat 5 lagu baru & menjadikan kesemua menjadiknya 10 track.
Single yg bakal kedengaran dicorong2 radio ialah Makrifat cinta & kala cinta berbunga neraka. Hahaha.. mesti layan lagu ni.. dan kemungkinan lagu nyanyian solo Ahmad Dhani iaitu “inilah lagu yg terbuang” juga bakal dijadikan single. Cuma kepastianya belum tahu.
Untuk kesultanan cinta, Dewa19 telah megenepikan Drummer utamanya iaitu Tyo Nugros & digantikan oleh Agung Yudha Asmara disebabkan lutut Tyo sudah pun longgar…hahaha…( Tyo mempunyai masalah kaki la..).
Antara yg menarik didalam album mereka kali ini, Ari Lasso iaitu bekas Vocalis utama mereka sebelum Once telah diundang untuk berduet didalam lagu “janji syurga”.
Berikut adalah track yg bakal terdapat didalam album Kesultanan cinta. ( tertakluk kpd perubahan)…
1. Bohemian Rhapsody
2. Zombie
3. Ordinary World
4. We are the champion
5. Imagine
6. Makrifat cinta
7. Kala cinta berbunga neraka
8. Janji syurga ~ feat Ari Lasso
9. man jadda wajada ~ feat Mulan Jamela
10. inilah lagu yg terbuang.
p/s: bila dewa19 nak wat lagu feat errul ramli on guitar? hahaha
Wednesday, March 25, 2009
PEREMPUAN PALING CANTIK DI NEGERIKU
atas permintaan, aku masukkan video clip lagu ni.. so korg sume.. layan!!
Perempuan paling cantik diNegeriku Indonesia
merah darahku bulat tekadku
setelah aku tatap wajahmu
berkobar seluruh jiwa dan ragaku
untuk perjuangkan cinta yang kuyakini
putih tulangku semangat cintaku
setelah aku raba tanganmu
rasakan kulitmu yang selembut salju
serentak bergelora darah mudaku
reff:
kamu adalah perempuan yang paling cantik
di negeriku MALAYSIA kamulah yang nombor satu
aku tak akan bisa sukai lagi perempuan yang lainnya
revolusi cinta matiku
telah bergema ke seluruh negeri
inilah tonggak sejarah dalam hidupku
karena kuyakin kamu adalah takdirku
dengan tegasnya kunyatakan
kamulah akhir perjuanganku
kuburkan cinta cinta yang sudah sudah
kemerdekaan aku kamu yang kutunggu
p/s: sila nyanyi ramai2.. haha
Tuesday, March 17, 2009
Oh Suraya.....
Seperti mana kau dan mentari
Pengemis ini meminta
Serangkaian cahaya
Hatimu Suraya"
Suraya.
Bukanlah Nama isteri aku mahupun awek aku.
tapi tajuk sebuah lagu yg aku minat.
dah macam2 usaha aku nak cari lagu ni.
tapi masih belum berhasil.
Download kat internet semua hampeh.
ada lagu suraya Versi INDIGO la, Suraya versi ini la, itu la...
cari CD kat kedai mcm la ada stock.
Ape yg aku cari ialah SURAYA versi HEADWIND
nyanyian ZAINAL ABIDIN.
Semalam, entah kenapa aku boleh tertekan butang SINAR FM kat Radio kereta aku.
So Secara tersentak, aku dapat dengar lagu ni versi asal
( Headwind:zainal Abidin ).
Serius aku meminati lagu ini.
aku tak pasti korg minat @ tidak.
Tiada Nostalgia disebaliknya mahupun kisah silam.
Aku sendiri tak pasti kenapa.
Aku bukanlah Peminat Zainal Abidin pun..
Hmm.. sesiapa yang ada MP3 untuk lagu ini..
sila beri kepada saya..
hanya bagi URL / Link untuk saya download.
tetapi, harus ingat.. SURAYA VERSI HEADWIND ZAINAL ABIDIN..