Ini Blog Baru aku * Aku lebih tenang disini * Berpindah disini * Cari aku Disini.

BALADEWA SEJATI TAKKAN PERNAH MATI

Saturday, April 4, 2009

kesan ekonomi meleset kat aku

aku rasa ramai yg tahu ekonomi sekarang sedang mengalami kegawatan. Mungkin ada yg terkena tempiasnyer. Aku adalah salah sorang dari mereka itu. Aku bukan la kena buang keje atau pun dikurangkan gaji akibat masalah itu, tapi aku terkena akibatnya secara tidak langsung.

ceritanya macam ni...
aku duduk hanya berdua dirumah. Menyewa sejak parent aku bersara & berpindah ke segamat atas alasan diorg dah beli rumah kat sana & nak duduk dgn parent ayah aku ( atuk aku ). Walaupun aku dgn housemate aku tak ngam sgt sbb tahap kemalasan & kedekut dia yang amat, tapi aku tetap senyum. bagi aku perangai masing2.

nak dijadikan citer, akibat kemelesetan ekonomi skrg ni, dia dibuang keje. dia tanya aku ada keje kosong tak kat tempat aku. aku cakap takde coz company aku tgh cut cost skrg ni. Akibat takde keje & puas cari keje & xdapat keje, akhirnya dia ambil keputusan utk pulang ke kampung.

Sekarang aku duduk seorang dirumah. yg memeningkan aku, aku terpaksa menyewa seorang . lari budget aku. dulu aku kongsi berdua. sekarang sume sorg2. ish.. bertambah lagi kos sara diri aku di muka dunia ni.

aku mmg nak cari housemate baru dalam masa terdekat ni. Tapi tak tau nak cari kat mana. ish.. tekanan kuasa 7 ni. aku terfikir jugak nak pindah ke rumah yg lebih kecil & murah. tapi.. aku tak tau nak cari kat mana.. ish.. tension! tension!

13 comments:

hanis said...

aiseh men
ko publish arr
kat mana2 notice board
tapi risiko sangat la tinggi
better ko tanya2 rakan2 ko.
biasa maklumat molot ke molot tersebar cepatnya luar biasa (lagi best kalau ko tambah dengan gosip2 hangat) haha!

Kak Lia said...

bg edress...tp mama tlg carikan...ekeke...siyes la nih...mane de men2...

Senin ni mama tun permas jaya...

Tengari lepak kt Jusco...jom...kite ngedet...

Tempias???
Mama bukan takat tempias bro...dh basah....tapi poket kering...huwaaaaaaaa

errul_ramli @ MH said...

Hanis ~ aku dah info mber2 aku.. aku siap bagi diskaun xyah bayar api & air kalau duduk dgn aku.. hehe.. just share rent payment je.. ada idea nak hangatkan gosip ni x? hehe

mama ~ isnin mama turun sini.. aiseh.. mana.. esok malam saya dah nak gerak gi KL. ada course seminggu.. aGhH!! tension.. mesti kat sana macam penjara!!

Blog Eazy Izzuddin said...

uish....
bro publish iklan2 di mane2 ka..
cri housemate...
mmg saket nk byr sowang2...
huhu

errul_ramli @ MH said...

aku try publish kat internet je la ek.. looking for housemate..ok x?

CikYana(",) said...

award yg pic kura2 tue
lor tuk sume la errul :)
amik tau

Kapten Luffy said...

ko kena cari rumah baru ni... rugi ko duduk situ sorang2

cʏcʏreαℓℓα said...

alloo ..
selamat hari sb2 =)

tuan tanah said...

ada kosong lagi? aku nak masuk. haha!

Naz said...

masalah juga tu, kalo tinggal sensorang bayo sewa. aku x der idea, pesal dah ditulis member2 kat atas. tp aku simpati ngan hang. kalo ko nak advertise kat tenet bole try sini :
http://www.carirumah.org/ads
http://www.sewa.com.my

cuba saja.. mana tau ada hasil..

errul_ramli @ MH said...

luffy ~ yela. aku kena cari rumah baru yg muarh sikit @ cari housemate baru..

nurul ~ selamat hari sabtu.. tapi arini dah ahad.. haha

tuan tanah ~ eh.. ko biar benar.. lain jantina xbley.. haha

naz ~ thanks!! aku try skrg..

MOHD RUSDI ABDULLAH said...

salam bro...rumah ko kat area mana?

errul_ramli @ MH said...

mohd rusdi ~ taman bestari indah.. johor bahru