Ini Blog Baru aku * Aku lebih tenang disini * Berpindah disini * Cari aku Disini.

BALADEWA SEJATI TAKKAN PERNAH MATI

Thursday, April 30, 2009

kerja kerja kerja.. bukak mata kerja

Aku tau aku perlu berkerja. Sememang dari kecik lagi cita2 aku nk pegang jawatan ni. Dari sekolah rendah lagi. So aku juga yg membawa diri aku ke jalan ni. Bagi aku, tiada kerja yg tak ada tekanan.

Aku kecewa dgn sikap melayu berkerja. bukan semua, tapi segelintir. kalau yg kerja jujur & ikhlas tu. Alhamdulilah. Kamu tak perlu tersinggung dgn entry ini. Sila teruskan kecemerlangan kamu & kekalkan.

Apa yg aku nak kongsikan disini, semua ni realiti yg berlaku kat opis aku.

Apa yg aku kecewakan disini bila Melayu sesama melayu berkerja dalam satu tempat. Pantang nampak rakan semelayu dapat layanan istimewa sikit, mula la tabur fitnah, ada skandal dgn bos la, bodek bos la, dan macam2 lagi. Tak cukup dgn itu, siap berbomoh dukun agar budak yg rapat dgn bos tu sakit sampai tak leh keje. Ini realiti hidup aku, aku lalui semua ini.

Bagi melayu yg dimanjakan & mendapat kepercayaan oleh bos tu pulak, mula la mengambil kesempatan atas semua yg diberikan. Mulalah gila kuasa, tunjuk pandai & marah2 staff lain. Kerja sendiri suruh org lain wat. Yg dia pergi curi tulang & lepak kat kedai kopi depan opis.

Kes ni sama dgn dengan melayu yg ada pangkat sikit dalam organisasi syarikat. Musibah yg datang, org bawahan akan jadi mangsa. kalau ada silap sikit. Panggil meeting sampai ke pangarah. Dalam meeting, bukan nak selesaikan masalah.. Tapi nak cari org yg boleh dipersalahkan untuk tutup salah dia. ish.. what the worst behaviour. Melayu Oh Melayu.

Melayu yg bekerja dalam syarikat besar plak, mula la tunjuk kuasa yg dia boleh hentam syarikat melayu yg kecil2 ni. Maklumlah, Projek2 tu sume dari tangan diorg. Kalau nak projek, sila hulur duit bawah meja dulu (rasuah), baru boleh dapat projek. Kalau tak, bagi kat syarikat cina & india je la. Bagi yg dah dapat projek plak, siap2 sedia la kena maki hamun dgn diorg kalau ada silap sikit. tak boleh tolak ansur langsung. Bagi aku, diorg bukan tegas tp tak profesional langsung..

So, kepada melayu yg berperangai macam ni, ubah2 la.. Jangan kerap buat benda2 mcm ni, silap haribulan, korg sendiri yg susah. Tak kat dunia, Mungkin kat akhirat. Percaya hukum karma.
Mudah2an keluarga & kawan2 aku dijauhkan dari terkena & berkelakuan seperti ini.

15 comments:

HEMY said...

melayu mmg layu la...sorry to say..hasad dengki nya..ya allah...

yg bagus plak kadang terkena politik opis..hmmm..

errul_ramli @ MH said...

terkena politik opis bagus ke?
maybe kot.. tak sume politik opis kotor..

unknown said...

ada kebenaran dak apa yg dikatakan tu
tp biasa la kan...manusia

'AQILAH said...

melayu.
kenapa perperangai macam ni.
macam ne nak maju macam bangsa lain.
melayu dulu, bebeza ngan sekarag.
melayu sekarang hanya pretender.
bukan semua.
hanya segelintir.
narrow minded.

Oxygen-Me said...

"Baladewa sejati takkan pernah mati"

Huish.. Cool qoute! Hehe.. ;p

Takpe.. Orang baik dibalas baik.. :)

Dah2.. Pergi minum teh o.. Kekekek.. ;D

mryms said...

betol, melayu tak boleh tengok bangsa sendiri senang.

tapi tak smua melayu macam itu.

cik selamah kundang said...

keje kt multinational company cam aku..terus melayu ilang dimata,...politik mata sepet lg kejam wei.siyes aku ckp.cam ampeh.bikin kita kuli

Kapten Luffy said...

susah dengan politik opis ni

huhuhu

Umi Nazrah said...

tutup mata pn jd kerja jgk ^_^

pakDin said...

giler kentang...
nak wat camner..
bangsa kita jugak..
jgn kita jadik salah sorang drpd mereka sudah..
kerja krn Allah bro!

Naz said...

aku pernah alami crita yg mcm ko ckp tu. tp x la smpai aku kena maki hamun aku sumpah seranah. biasalah, kalo company kita kecik, officer2 dr com besau pandang sebelah mata jer.. mcm mana nak ubah org Melayu yer??

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

aku pun tak paam,nape melayu tak paham maksud persaingan sihat ha?
suke sgt gune care busuk..
ish2..

Blog Eazy Izzuddin said...

huhu...
mcm2....
xD

hanis said...

betul3

tuan tanah said...

aku pernah baca satu buku. it stated..

kalau tak malas, bukan melayu.
kalau tak menipu, bukan cina.
kalau tak minum, bukan india.

well.. aku rasa this is the right time to change it.