Ini Blog Baru aku * Aku lebih tenang disini * Berpindah disini * Cari aku Disini.

BALADEWA SEJATI TAKKAN PERNAH MATI
Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Wednesday, May 6, 2009

*BENCINTA

Aku sebenarnya keliru. Keliru dengan apa yg aku rasa. Aku yakin yg aku sebenarnya tidak mencintai dia, apatah lagi menyayangi dia. Tapi aku tidak bisa menghilangkan diri dari dia. Pernah berkali kali aku lari, Namun, semua usahaku gagal. Gagal kerana aku sendiri yg kembali mencari dia. Aku tak pasti kenapa.

Aku benci tapi cinta.

Aku bersama dia setiap hari. Aku tak bisa tinggalkan dia. Aku tau, aku bersama dia sudah lama. Aku juga tau, kalau aku terus bersama dia, hidup aku akan rosak.Tapi aku tak mampu. Tak mampu lari dari dia.

Keluarga aku tidak suka pada dia. Dah pelbagai kaedah & ugutan keluarga aku berikan pada aku supaya aku tinggalkan dia. Tetapi aku degil. Aku sudah terpanah & susah utk aku lupakan dia. Aku sudah terjerat.

Kini, buat kesekian kalinya, aku nekad untuk tinggalkan dia buat selama lamanya. Aku mahu mulakan hidup baru tanpa dia. Walaupun susah, aku terpaksa tempuhi. Aku tak mahu hidup aku bertambah teruk kalau aku selalu bersama dia. Maafkan aku. Aku serius.

Doakan aku mampu utk kali ini.
Ini yg ke 3 cubaan aku berhenti merokok! aku benci dia @ rokok!

Thursday, April 30, 2009

kerja kerja kerja.. bukak mata kerja

Aku tau aku perlu berkerja. Sememang dari kecik lagi cita2 aku nk pegang jawatan ni. Dari sekolah rendah lagi. So aku juga yg membawa diri aku ke jalan ni. Bagi aku, tiada kerja yg tak ada tekanan.

Aku kecewa dgn sikap melayu berkerja. bukan semua, tapi segelintir. kalau yg kerja jujur & ikhlas tu. Alhamdulilah. Kamu tak perlu tersinggung dgn entry ini. Sila teruskan kecemerlangan kamu & kekalkan.

Apa yg aku nak kongsikan disini, semua ni realiti yg berlaku kat opis aku.

Apa yg aku kecewakan disini bila Melayu sesama melayu berkerja dalam satu tempat. Pantang nampak rakan semelayu dapat layanan istimewa sikit, mula la tabur fitnah, ada skandal dgn bos la, bodek bos la, dan macam2 lagi. Tak cukup dgn itu, siap berbomoh dukun agar budak yg rapat dgn bos tu sakit sampai tak leh keje. Ini realiti hidup aku, aku lalui semua ini.

Bagi melayu yg dimanjakan & mendapat kepercayaan oleh bos tu pulak, mula la mengambil kesempatan atas semua yg diberikan. Mulalah gila kuasa, tunjuk pandai & marah2 staff lain. Kerja sendiri suruh org lain wat. Yg dia pergi curi tulang & lepak kat kedai kopi depan opis.

Kes ni sama dgn dengan melayu yg ada pangkat sikit dalam organisasi syarikat. Musibah yg datang, org bawahan akan jadi mangsa. kalau ada silap sikit. Panggil meeting sampai ke pangarah. Dalam meeting, bukan nak selesaikan masalah.. Tapi nak cari org yg boleh dipersalahkan untuk tutup salah dia. ish.. what the worst behaviour. Melayu Oh Melayu.

Melayu yg bekerja dalam syarikat besar plak, mula la tunjuk kuasa yg dia boleh hentam syarikat melayu yg kecil2 ni. Maklumlah, Projek2 tu sume dari tangan diorg. Kalau nak projek, sila hulur duit bawah meja dulu (rasuah), baru boleh dapat projek. Kalau tak, bagi kat syarikat cina & india je la. Bagi yg dah dapat projek plak, siap2 sedia la kena maki hamun dgn diorg kalau ada silap sikit. tak boleh tolak ansur langsung. Bagi aku, diorg bukan tegas tp tak profesional langsung..

So, kepada melayu yg berperangai macam ni, ubah2 la.. Jangan kerap buat benda2 mcm ni, silap haribulan, korg sendiri yg susah. Tak kat dunia, Mungkin kat akhirat. Percaya hukum karma.
Mudah2an keluarga & kawan2 aku dijauhkan dari terkena & berkelakuan seperti ini.