Ini Blog Baru aku * Aku lebih tenang disini * Berpindah disini * Cari aku Disini.

BALADEWA SEJATI TAKKAN PERNAH MATI

Tuesday, May 5, 2009

Perubahan Ritual.

Salam hari selasa. Aku sedikit kepenatan dimana masa aku byk habis dgn aktiviti2 aku. Aku bangun seawal pagi untuk memulakan rutin harian aku sehingga lewat malam setiap hari. Ini mungkin sumber2 yg menyumbang aku ke arah syndrom kepenatan terkawal. Syndrom ini jugalah yg membawa aku gagal mengawal kemarahan kecil & minor stress.

Aku fikir, aku perlukan satu perubahan. Perubahan ritual & rutin harian aku selepas waktu berkerja. ( Waktu kerja xleh tukar time..haha.. aku bukan anak boss). Tetapi apa yg patut aku buat? aku tinggal seorang dirumah. kalau duduk lepak sorg2 kat rumah. bosan plak nanti. the most important is, Makan.. mcm mana nak makan kalau aku tak keluar? Aku bingung disitu.

Bait2 lagu Bunkface:Revolusi bermain2 dalam kotak hati aku. Aku keliru menjadi buntu, arah yg ingin ku tuju.

Setelah aku mencuri masa tidur aku untuk berfikir semua ni, aku terfikirkan yg aku perlu jadual semua waktu2 aku. So aku tidak perlukan agenda last minute yg menghiasi malam2 aku. Contohnya, Malam Isnin pergi main futsal, Malam selasa aku lepak rumah basuh baju ke, kemas rumah ke. Malam rabu gi jamming dan lain2 aktiviti utk malam2 seterusnya.. aku menghadkan satu malam utk satu aktiviti sahaja. So takdelah aku balik lewat mcm sekarang. sekurang2nya, aku pulang sebelum jam 12tgh malam.

Untuk makan pulak, kalau aku melakukan aktiviti diluar rumah, aku makan masa aku diluar sahaja, kalau aku melakukan aktiviti dirumah, balik kerja aku tapau Nasi & makan dirumah. Habis cerita. so aku rasa lega sikit. Aku tak perlu kepenatan melakukan aktiviti2 luaran aku selalu. kepada kawan2 aku, terpulang la korg nak ikot jadual aku ke tak. kalau tak boleh ikot, bersedialah bermain futsal tanpa aku, jamming tanpa aku ataupun melakukan aktiviti2 lain tanpa aku. aku exhausted.


ps: Aku perlukan perubahan ritual yg lain, any ideas?

15 comments:

Eazy Izzuddin said...

erm..
ape erk...
hiks..
just be ur self..
xD

TiNiE said...

aku pasan..nama pun dah berubah ek..errmmm

eRRuL "BuLaNsYnDrOM" said...

eazy - aku sentiasa menjadi diri aku

tinie - hahaha.. suatu perubahan kecil.. haha

CikYana(",) said...

putus cinta?
wakakaka
myb yes myb no
:P

Shafie said...

teruskn dgn rutin2 anda..heheh

cikin said...

nak nasehat owg mmg xreti.
so jgn lah hangat2 tahi ayam jek.
ehehehehe:P

Walinong Sari said...

Ha???
Adoi.. Aku hilang ingatan secara tetiba... Ko dah berubah ke???

Galuh Cendra Kirana said...

ko kene makan sedikit coklat utk tenangkan fikiran ko di samping memberikan ko tenaga. biasakan juge minom minuman coklat pagi2. makan coklat leh kasik mood ko happy.cuba la bro!

eRRuL "BuLaNsYnDrOM" said...

shafie ~ aku akan teruskan mana yg baik.. huhu

cikin ~ ish,, aku tak tau le taik ayam tu hangat ke tak.. hahaha

walinong ~ xde la berubah.. cuma ubah angin je.. aku cuma penat wat benda yg sama ari2.. nak urangkan sikit.. nak tambah waktu dok umah..cian aku kan.. ;)

elina ~ akak aku ada cakap mcm ni tau.. nnt aku try.. minum coklat pagi2? milo ok tak? ke ada lagi yg lagi minuman coklat yg lagi best dari milo.. advice ler.. :)

Don Karldon said...

ha.tak tau la bro..tapi selagi ko mkn cukup,ko dpt jamming,dpt basuh baju,dpt main futsal..kira orait la tuh..


aku lak dilanda sindrom tak tido since exam..study dari tgh malam sampai pagi.then g kelas,amik exam..satu benda yg tak pnh aku buat b4 dia.tekanan betul.

eRRuL "BuLaNsYnDrOM" said...

rilek r bro.. exam fever to biasa la.aku selalu alami benda alah ni sume..

the best way.. ko kena tidur gak.. rehat kena cukup.. kalau tak, ko blajar mcam mana skali pun.. tp xtido.. time exam sure blur..

hanis said...

rilex. rilex...
jgn tensen2
kalau tensen jugak
meh baca blog aku...
hehe

bdak ijau said...

be ur self..betol 2..hehe

sailormoon said...

Hi Errul

Bagus gak jadual u tu. Tapi jangan lupa slot in planning gi cuti mana-mana. Best oo tengok tempat orang.

k

Monkey D Luffy said...

cr awek jom

kemudian kawen

lalalala