Ini Blog Baru aku * Aku lebih tenang disini * Berpindah disini * Cari aku Disini.

BALADEWA SEJATI TAKKAN PERNAH MATI

Tuesday, May 26, 2009

Tidak Sihat Pemangkin Emosi.

semalam yg menyedihkan, aku diserang selsema (bukan H1N1 ) & batuk yg maha hebat. Mungkin disebabkan oleh kerja yg banyak & hujan yg belum segan utk turun membasahi bumi JB ni. Aku sudah merasakan tanda2 awal nak demam sejak beberapa hari lepas dimana aku mengalami sakit tekak yg teruk & sakit2 disetiap sendi2 aku...dan Akhirnya, virus demam berjaya melumpuhkan sistem imunisasi badan aku semalam.

Namun aku tetap pergi ke pejabat untuk bekerja seperti biasa. Cuma pergerakan aku tidak aktif dan tisu sentiasa ditangan. Tanpa segan silu, aku mempengerusikan Mesyuarat dgn memegang Kotak Tisu Bug Bunny! Geleng kepala boss aku tengok...aku? wat selamba jek..

aku pulang ke rumah seawal jam 6ptg untuk berehat awal kerana pukul 1omlm.. aku ada perlawanan persahabatan futsal dgn satu pasukan yg agak hebat. Setelah mandi & memakan ubat mengikut nasihat doktor. aku tertidur...

Bangun je dari tidur sekitar jam 9malam. aku rasakan badan aku segar sedikit. lebih baik dari tadi. aku capai Handphone aku ditepi katil. terdapat beberapa SMS yg menyuruh aku berehat dari bermain futsal. Aku termenung...

Aku berjalan menuju ke bilik air. Mandi. Aku semakin segar. Sakit2 badanku semua da hilang. Aku nekad. Aku mesti pergi main futsal malam ni. Terdapat byk faktor yg menyebabkan keinginan aku membuak2 utk bermain malam ni.. Antaranya, Ingin menutup mulut pasukan lawan yg kononnya mereka jaguh. (Sebenarnya Hakikat : Mereka juara I-Metro Zon Selatan).

Malam tu, aku memasuki gelangang futsal dgn penuh bergaya. Selepas sesi pemanasan badan, Perlawanan dimulakan. Aku seperti biasa meluru ke arah bola rakus. Merampas & membawa bola dgn kemas ke kotak D. Aku bersedia utk Shoot bola. Aku hayunkan kaki selepas menumpukan semua tenaga badan aku ke kaki kanan aku. Dalam hati aku berkata.. Opening Goal is Mine!!..

Namun.. Sepakan tu seperti seperti sepakan budak umur tiga tahun. Dengan senyum Goal keeper Pasukan lawan menangkap. Bola pergi melantun2 seperti ditimang2 oleh lantai. Aduh! malunyer.. Gelakkan kawan2 kuat kedengaran.. Ditambah dgn ayat penyedap mereka seperti "demam jgn main bola la", " Gaya sepak je mcm best.." dan lain2 hinaan kepada aku..aku sabar.. jgn emosi nasihat aku kat diri aku.

Aku terus bermain. Namun, aku semakin sukar bermain dgn cemerlang. aku seperti hilang arah. Semua sepakan aku tersasar. Ball Passing gagal sambut. Miss ball tak yah citer la.. terlalu byk. Yg paling memalukan bila aku sepak angin.. gile la.. muka aku merah padam menahan marah & malu. Emosi aku gagal dikawal. Aku semakin berang.

Pasukan lawan seolah2 mengambil kesempatan ke atas aku. diorang body contact aku sekuat hati sehingga aku badan aku yg comel ini melayang2 seperti kapal terbang kertas. Aku bengang. Set dalam otak aku, Aku target & aku akan balas. Dendam menguasai diri. Bila budak yg aku target tu bawa bola, aku menhampiri & aku cross body dia dgn kasar bersama harapan dia akan melayang. tetapi.. niat buruk aku membawa padah bila aku yg tersungkur ke lantai. Cis! lagi gelakkan & hinaan aku dgr dari luar padang. Aku semakin bengang.

Rezeki aku malam tu agaknya. Bola sampai tepat dikaki dan salah seorang pemain pasukan lawan berada kira2 setengah meter dari aku. Tanpa aku sedari, aku tersepak bola tepat kearah muka dia.. Hidungnya berdarah..

Dia memandang tepat ke arahku.. aku plak tersenyum sambil sebut "sorry.."
dalam hati aku, adat la main bola bro..

Dia meluru ke arah aku. aku berdiri tegak tak berganjak. Ingin melihat reaksi dia. Tiba2, aku dipeluk oleh rakan pasukanku dari belakang dan dan begitu juga dia. Aku memandang ke arah dia sambil tersenyum sinis. Tak puas hati? Kite settle kat luar...

Perlawanan diteruskan.. Aku meluru ke depan utk menyempurnakan ball passing dari member aku. Belum sempat aku menyambut bola, Satu jeritan maha kuat dari luar padang.

"Errul!.. keluar.. Tukar dgn Ijam"

Uh.. Rupenya suara pengurus aku.. aku melihat ke luar padang. Ijam sudah sedia untuk memasuki padang. Aku gelengkan kepala dan berlalu keluar. Sebaik saja aku sampai ke kerusi rehat ditepi padang, pelbagai Tomahan,Hinaan, Kutukan, fitnah ( ada ke?.. haha) dilemparkan kepada aku. Aku senyap sambil menogak air.

Aku melemparkan pandangan ke arah padang. Melihat gelagat pasukan aku bermain. Aku tau semua ini terjadi disebabkan oleh selsema aku. Badan aku masih lemah & stamina aku tidak berada seperti biasa.

Akibat kedegilan aku, Aku terpaksa menerima semua ini. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kawan2 aku dimana kisah aib akan dijadikan bahan lawak mereka sehingga berbulan2. So, cara permainan aku malam ini akan menjadi bahan lawak & perlian serta kutukan mereka berbulan2 berkuat kuasa serta merta.

Teringat SMS yg dihantar supaya aku jgn bermain futsal. Tapi.. disebabkan kedegilan aku..tangunglah semua ni.. bersedialah utk dikutuk!

17 comments:

QueenWizza said...

hehehe.. tu lah. degil sgt.
aku jeles ngn korang2 yg cepat demam ni. mc aku thn lepas 2 ari je aku guna. tu pun bukan sbb sakit bebetul. aku tipu je wat2 sakit sbb nk cuti. huhu sedeh.
aku pndai belakon dpn doktor.

Dakjaat™ said...

uish wiza penjaat buat2 sakit lak ..

hahahah! suke main futsal ke errul?? tak ajak aku pown????

eRRuL "BuLaNsYnDrOM" said...

wizza - ish, kalau boleh jgn sakit r.. susah tau.. aku wish aku nak sihat sepanjang tahun..haha.. btw.. terror ko berlakon ek.. ajar r aku.. haha

dakjatt - haha.. hobi bro..join club futsal kat tempat aku.. jom r kita main futsal..

Eazy Izzuddin said...

huk3
itulah
better jgn main futsal
duk umah jek
xD

Shafie said...

tak sehat lak ek...
mayb musim demam n selsema

xpe moga cpt sehat :D

jgn main futsal time ni..hehe

Galuh Cendra Kirana said...

tu la aku dah kater... sukan2 ni wat sakit badan jew..bek ko duk umah belajar memasak. sekian..nananana

Nazra~ said...

contohi lah sya,suka menonton futsal saja & brgelak ketawa mlihat org main futsal :D

January Music said...
This comment has been removed by the author.
January Music said...

wahaha!
sakit sakit ko pun,
mencanak gak pecut evo6 ko tu.
sakit tak boley bw keta laju2!!

January Music said...

eazy - kalau tak main futsal, aku gi jamming.. same je perginyer.. haha

shafie - aah la.. sekrg musim demam.. ramai da yg berjangkit dari aku.. haha

elin - weh, ape da.. majula sukan utk negara.. aku selalu dok umah belajar memasak.. paling terror aku mengoreng.. goreng gitar.. haha

Nazra - Kamu salah sorg yg gelakan sy ke semalam? haha

january - Sape ni? amir? echang? fahmi?? btw, correction.. evo7 not evo6 ok.. haha

Monkey D Luffy said...

yg penting ko dah bagi hidung org berdarah

puas....

muahaha

penjenayah.merah.jambu. said...

takpe2..
janji ade SEMANGAT!
adatlah sukan kne keji..hihi..
takpe,next time bro,make sure ade goal ok!yeah!

Naz said...

aku juga demam spt mu. tp dah baik dah. cayalah bro, dlm x sihat pun boleh jd pengerusi meeting dan maen futsal. energatik sungguh...

Walinong Sari said...

Jangan lupa makan ubat lagi.. pastu tido puas2.. amik MC dan tido lagi... bila dah rasa ok.. lari keliling rumah bagi keluar peluh... Bila dah sihat baru la pegi main futsal... ok??

eRRuL "BuLaNsYnDrOM" said...

luffy - Yup! kepuasan aku disitu

secret - yup.. tapi ni bukan adat da.. haha... tapi kemestiaan..

Naz - aku terpaksa.. lagipun demi kerja.. haha

kak idura - xbley la kak. keje byk xleh mc..

hanis said...

dugaannnnnnnnnn

Naz said...

semangat mcm ni lah yg kena ada. semoga ko kekalkan prestasi ko ni smpai bila2. ada talent jd tokoh belia benci dadah dan cepat naik pangkat... ;)