Ini Blog Baru aku * Aku lebih tenang disini * Berpindah disini * Cari aku Disini.

BALADEWA SEJATI TAKKAN PERNAH MATI

Wednesday, May 13, 2009

Aku jahat @ dia yg sengal?

aku ada sorang kawan.. aku tak pasti kenapa dia mcm tu. bagi aku dia sengal. tapi ada kawan2 aku yg cakap dia ni nak ikut trend terkini . tapi dalam lurus2 bendul dia pun, dia caring kat kitaorang yg watkan kitaorg senang hati berkawan dgn dia.

aku kelakar dgn perangai dia. adakah dia betul2 nak ikut trend terkini ataupun sengal.. korang baca la entry ni. pastu korang judge la sendiri. aku namakan mamat tu Mr x.

kisah 1.
lokasi: Padang Futsal.

aku tersalah bawa kasut futsal. sebelah lain sebelah lain. tapi disebabkan aku terpaksa bermain malam tu, aku pakai je la. lagipun malam ni friendly dgn geng2 yg aku kenal. so tak malu sgt r.. haha. Dalam situasi memanaskan badan, Mr X tanya aku.

Mr X : Errul, nape kasut ko sebelah ijau sebelah putih?
Aku : ko mana tau, ni stail baru.. christiano ronaldo skrg pun pakai mcm ni..

then, next week punya game.. dia dtg main dgn kasut sebelah lain sebelah lain. Berdekah aku & kawan2 aku dibuatnya.

Kisah 2.
Lokasi: Warung mamak.

Seluar member aku kotak kat kocek belakang. Rabak habis sampai nampak boxer dia. Dia pun tegur member aku.

Mr x : Boy, Seluar ko koyak kat belakang tu..
Boy : ish ko ni, mmg la suar ni koyak kat belakang, design dia mcm tu..
Mr x : ko beli kat mana ek? lawa plak aku tgk (muka serius).

aku dgn boy gelak berguling2 macam nak pecah perut.

Kisah 3.
Lokasi : Studio jamming.

tali gitar aku putus, aku tak perasaan. dah sampai studio baru perasan.

Mr x : mmg trend ke main gitar 5 tali je?
aku : aah ler, paul gilbert & steve vai dah lame main mcm ni la..

esoknya aku dapat sms,

"aku search google, takde pun steve vai & paul gilbert main gitar 5 tali. ko ada video dia x?"

Kisah 4.
Lokasi : Depan rumah mber aku.

Kereta member aku rosak sikit, timing belt dia bunyi kuat.

Mr x : Man, apesal keta ko bunyi mcm tu ek?
Man : owh, itu bunyi turbin twin turbo aku.. keta ada turbo je bunyi mcm ni.
Mr x : Kereta jiran aku pun bunyi mcm ni, tak sangka ek.. kereta buruk pun pakai twin turbo..

aku pandang man, serentak kami gelak sama2..

12 comments:

Don Karldon said...

teruk sial ko bahan member ko....bawak bertaubat la.hahaha

Mrs Ariff said...

aneh sungguh, maybe terlalu lurus sampai ikut "trend" sangat.

Eazy Izzuddin said...

hiks...
kasihan tul....
xD

Oxygen-Me said...

Hehe.. Kisah 3 cool! Siap google pulak tu.. Huhu.. Jujur2.. Bagus2.. Hahaha.. :P

Monkey D Luffy said...

lurus bendul tu

kakakaka

mo0ney said...

aku rasa dia super sengal.ksian dia.kau bwk2 rendam dia dlm air 2 kali pastu ok kot jdnya.

hanis said...

gile EVIL ko punye perangai...
kesian kawan ko yg suci itew (suci ke purak2 suci neh??)

Walinong Sari said...

Gila siot ko dengan kawan ko pekena dia... Faham2 la dia tu lurus bendul, pacaya jer ko cakap apa... Kalu ko bgtau ko penah nampak lembu pakai skirt pun dia akan pecaya...
Memang dia menyempurnakan hidup korang satu geng... Hahahaha

TiNiE said...

ko...kawan ko..
sama jer...

ADAHKODAH said...

sengal cam ko kot..weh ape agenda weekend ni?

ARm Myopia™ said...

haha. cibet je. aduhh

MOHD RUSDI ABDULLAH said...

hai kesiannn....apa lah nasib dia...tapi selalunya orang yg macam tu, bila kita susah, dialah orang pertama yang akan amik tahu masalah kita, tapi tak tahulah dia...hahahahaha....