Ini Blog Baru aku * Aku lebih tenang disini * Berpindah disini * Cari aku Disini.

BALADEWA SEJATI TAKKAN PERNAH MATI

Friday, February 19, 2010

Penat Banget Deh!!

salam semua.. aku kembali menulis untuk kali ini. agak lama jugak aku xupdate blog aku ni. .. hmm.. kepada semua yg maklum, aku sentiasa sibuk mencari rezeki demi sesuap nasi.

Seperti yg maklum, kita baru sahaja selesai bercuti bersemperna perayaan CNY ( mungkin ada yg lum naik cuti lg). dan disini, aku ingin berkongsikan kepenatan aku bersama korg semua. aku bercuti seawal hari sabtu lagi dimana aku akan menghadiri satu upacara perkhawinan rakan baik aku. Seperti biasa kalau kawan aku kawen, mesti aku yg kena jadi pengapit (sape la nak jd pengapit aku nnt time aku kawen ek).

aku bergerak dari johor bahru menuju ke pontian ( lokasi kejadian perkahwinan itu berlaku ) pada hari jumaat seawal jam 4 petang. walaupun JB ke pontian hanya lebih kurang 60km sahaja, tetapi disebabkan oleh kesesakan lalu lintas yg bermaharajalela di muka jalan JB ini, so aku sampai di pontian selewat jam 7lebih. Menurut SMS yg ditujukan kepadaku oleh bakal pengantin, upacara pernikahan aku berlaku selepas waktu magrib. ( selamat sempat sampai ).

selesai sahaja upacara pernikahan yg membanggakan aku itu berlaku ( bangga coz pengantin lelaki terlalu rilek & hanya dgn sekali lafaz dia terus bertukar status jadi laki org), pengantin menjalani upacara malam berinai dan sumpah aku xtau yg malam berinai ni kena ada pengapit. so aku telah merosakan majlis malam itu dengan mengapit pengantin bersama seluar jeans & selipar jepun. maafnyer empunya majlis, saya da berusaha menyorokan kaki saya dari santapan lensa2 kamera diorg semua.

selesai malam berinai, aku & pengantin lelaki melepak di warung mamak berhampiran sampai bergelak ketawa meraikannya. hahaha.. tinggal aku sorg yg lum kawen lagi. ish! keesokan harinya, seperti biasa la.. pagi dengan majlis Khatam Quran & petang bersanding di pelamin. so aku macam biasalah, sibuk mengapit pengantin dari segala galanya.

selepas tamat majlis petang tu, aku memohon untuk pulang & meneruskan perjalanan aku ke batu pahat. Tujuan hanya berjumpa En drummer aku dan melawat mereka, dari anak dia baru lahir sampai dah setahun lebih umurnya, ini baru kali pertama aku berjaya memboloskan diri aku ke rumah mereka.

selesai bergelak ketawa dengan mereka sekeluarga & makan MEE RACUN yg mmg terkenal dia batu pahat, aku terus menuju ke Air hitam, aku sekadar singgah mencari bantal, bekas2 hantaran & juga kerepek2 untuk santapan menonton tv dirumah nnt. selesai mencari semua itu, aku pulang ke johor bahru & tidur dengan xingat dunia.

setelah membuka mata melihat keindahan pagi dirumah aku, aku bersiap2 untuk pergi ke kota tinggi. tujuan murni aku untuk bermandi manda dia air terjun kota tinggi. sesampai je aku disana, hujan turun membasahkan bumi tuhan ini tanpa segan silu. namun aku teruskan jua niat untuk mandi dalam hujan2 tu.. walaupun persekitaran air terjun kota tinggi itu tidak secantik dulu, tapi apakan daya.. itu jela yg paling dekat dgn rumah aku.

aku happy & tenang selepas melepaskan segala tekanan kerja aku dgn percutian ini walaupun hakikatnya aku penat yg amat sgt dan demam akibat berendam di air terjun dalam hujan yg lebat mencurah bumi ( huh! xpernah dibuat org mandi air terjun time hujan lebat.. hahaha)

7 comments:

Kak Lia said...

kompius ngn ayat ko ..mcm ko plak nk nikahnye...hehehe....

lame tk dgr biter...sihat ke?

tk balik sgamat ke?

[ a D D y ] said...

caya beb..
menarrik gak mandi time hujan..

haha..
tapi sayangla kota tingi mahal la nak masuk..
macam masuk sunway lagoon..

errul_ramli @ MH said...

mama - ish. sy lum kawen. masih teruna lg. sy ok. sibuk ckit la mama. skrg ni jarang lik sgmt coz parent sy rajin dtg jb.

hykal - tau xpe. tp nk wat mcm mana.. itu je tmpt yg dkt nk mandi air terjun dlm jb ni.

Naz said...

lamanya ko menghilang... ape cer bro?? ;)

errul_ramli @ MH said...

aku ok jer. lama xupdate blog. aku byk update kat fb jek. ko aper citer skrg?

Naz said...

oic... nnti aku terjah fb ko.. aku ok2 jerk.. :D

vee_elviana said...

Hi Errul

Boleh ceritakan ape yang dikatakan mee racun kat Batu Pahat tu..