Ini Blog Baru aku * Aku lebih tenang disini * Berpindah disini * Cari aku Disini.

BALADEWA SEJATI TAKKAN PERNAH MATI

Wednesday, June 1, 2011

Pindahan

Sy telah berpindah ke rumah baru.

www.hazrulramli.blogspot.com

Friday, February 19, 2010

Penat Banget Deh!!

salam semua.. aku kembali menulis untuk kali ini. agak lama jugak aku xupdate blog aku ni. .. hmm.. kepada semua yg maklum, aku sentiasa sibuk mencari rezeki demi sesuap nasi.

Seperti yg maklum, kita baru sahaja selesai bercuti bersemperna perayaan CNY ( mungkin ada yg lum naik cuti lg). dan disini, aku ingin berkongsikan kepenatan aku bersama korg semua. aku bercuti seawal hari sabtu lagi dimana aku akan menghadiri satu upacara perkhawinan rakan baik aku. Seperti biasa kalau kawan aku kawen, mesti aku yg kena jadi pengapit (sape la nak jd pengapit aku nnt time aku kawen ek).

aku bergerak dari johor bahru menuju ke pontian ( lokasi kejadian perkahwinan itu berlaku ) pada hari jumaat seawal jam 4 petang. walaupun JB ke pontian hanya lebih kurang 60km sahaja, tetapi disebabkan oleh kesesakan lalu lintas yg bermaharajalela di muka jalan JB ini, so aku sampai di pontian selewat jam 7lebih. Menurut SMS yg ditujukan kepadaku oleh bakal pengantin, upacara pernikahan aku berlaku selepas waktu magrib. ( selamat sempat sampai ).

selesai sahaja upacara pernikahan yg membanggakan aku itu berlaku ( bangga coz pengantin lelaki terlalu rilek & hanya dgn sekali lafaz dia terus bertukar status jadi laki org), pengantin menjalani upacara malam berinai dan sumpah aku xtau yg malam berinai ni kena ada pengapit. so aku telah merosakan majlis malam itu dengan mengapit pengantin bersama seluar jeans & selipar jepun. maafnyer empunya majlis, saya da berusaha menyorokan kaki saya dari santapan lensa2 kamera diorg semua.

selesai malam berinai, aku & pengantin lelaki melepak di warung mamak berhampiran sampai bergelak ketawa meraikannya. hahaha.. tinggal aku sorg yg lum kawen lagi. ish! keesokan harinya, seperti biasa la.. pagi dengan majlis Khatam Quran & petang bersanding di pelamin. so aku macam biasalah, sibuk mengapit pengantin dari segala galanya.

selepas tamat majlis petang tu, aku memohon untuk pulang & meneruskan perjalanan aku ke batu pahat. Tujuan hanya berjumpa En drummer aku dan melawat mereka, dari anak dia baru lahir sampai dah setahun lebih umurnya, ini baru kali pertama aku berjaya memboloskan diri aku ke rumah mereka.

selesai bergelak ketawa dengan mereka sekeluarga & makan MEE RACUN yg mmg terkenal dia batu pahat, aku terus menuju ke Air hitam, aku sekadar singgah mencari bantal, bekas2 hantaran & juga kerepek2 untuk santapan menonton tv dirumah nnt. selesai mencari semua itu, aku pulang ke johor bahru & tidur dengan xingat dunia.

setelah membuka mata melihat keindahan pagi dirumah aku, aku bersiap2 untuk pergi ke kota tinggi. tujuan murni aku untuk bermandi manda dia air terjun kota tinggi. sesampai je aku disana, hujan turun membasahkan bumi tuhan ini tanpa segan silu. namun aku teruskan jua niat untuk mandi dalam hujan2 tu.. walaupun persekitaran air terjun kota tinggi itu tidak secantik dulu, tapi apakan daya.. itu jela yg paling dekat dgn rumah aku.

aku happy & tenang selepas melepaskan segala tekanan kerja aku dgn percutian ini walaupun hakikatnya aku penat yg amat sgt dan demam akibat berendam di air terjun dalam hujan yg lebat mencurah bumi ( huh! xpernah dibuat org mandi air terjun time hujan lebat.. hahaha)

Thursday, September 10, 2009

Ntah ape2 je la ko ni..

Xde ape yg menarik yg nak aku update sebenarnya. cuma sekadar bualan kosong untuk mengisi ruangan blog aku ni... haha

Sedar xsedar, lagi 10 hari kite nak myambut Hari raya aidilfitri. Walaupun kehangatan masih belum terasa sepenuhnya, tapi bahangnya sudah pun menular ke dalam tubuh aku. Sepanjang bulan puasa ni, aku belum sempat lagi berbuka bersama rakan2 futsal aku & rakan2 band aku. Bukan xmahu, tapi sukar untuk aku membahagikan masa utk mereka ( klu aku free, diorg plak xfree.. time aku xfree, diorg sibuk2 ajak aku buka sesama.. ish!).

Setakat ini, aku paling kerap berbuka dgn Lynn + family & GENG69 ( odah + fendi ). Lokasi xkira kat mana la.. umah, kedai makan & hotel. mengikut selera time tu.

utk puasa kali ni, aku sempat juga bersahur & berbuka dgn family aku di segamat.. walaupun 1st day puasa time tu, tapi kira OK la dari xdapat lansung mcm tahun lepas.

Bercerita pasal persiapan raya, aku hanya menyediakan sepasang baju melayu utk aku. Tema warna raya family aku kali ini adalah UNGU @ PURPLE. Semua diwajibkan memakai baju melayu /kurung berwarna unggu pagi raya. Disebabkan aku sibuk dgn kerja, so tugas menyediakan baju melayu itu aku serahkan kat mak aku utk disettlekan.. haha.. sebagai upah utk mak, dia telah meminta aku membelikan dia Kek Lapis. No hal la mak... haha

Tahun ni, aku terpaksa beraya dgn berjimat cermat kerana roadtax keta aku akan tamat tempoh ngam2 pas raya. So, sebelum aku bankrup.. better aku berjimat2.. nnt xpasal2 aku gi beraya umah org2 hari ( sbb nk makan free pasal da duit habis.. hahaha)

Monday, September 7, 2009

Kembali Sementara..

Salam semua.. aku kembali menulis setelah hampir berbulan tak menulis.. sampai aku terlupa username & password blog ini. Tapi dgn bantuan, akhirnya aku kembali mengingati.

hmm.. walaupun aku bgtau korang yg aku akan kembali aktif pas raya.. tapi disebabkan aku mempunyai masa yg agak terluang malam ni, aku updatekan sedikit blog ini.. sekurang kurangnya tak la bersawang sgt blog ni.

Tiada apa yg menarik sepanjang ketiadaan aku diblog ini, cuma terlalu sibuk dgn tugas aku yg semakin hampir dgn dateline. Purata tenaga aku dikerah utk menyiapkan projek ini. Hampir separuh kehidupan aku hanya berulang alik dari Johor bahru ke kuala lumpur setiap minggu. Seluruh pemikiranku focus ke arah kerja.. Kepenatan yg aku alami.. hanya tuhan yg tahu.

Mak aku sudah pun tamat menjalani Kimotheraphy untuk kansernya. Alhamdulilah.. syukur ke hadrat ALLAH SWT.. kini dia hanya menjalani Radiotheraphy utk memastikan sel2 kanser tidak kembali hidup. Aku doakan mak sentiasa sihat & dilindungi Allah selalu.

Cerita pasal persiapan raya, aku tidaklah terlalu excited ( padahal puasa pertama je aku da gi beli baju melayu.. haha). Mungkin tahun ni aku bercuti panjang. Hampir 10 hari & aku ingin habiskan masa dgn berehat dirumah mak aku. NO WORK RELATED CALL ALLOWED! haha

Dalam kesibukan ini juga, aku tidak memegang lansung gitar & keyboard. Mungkin sudah berkarat tali gitar aku kat dalam beg tu. Ah, Biarla.. nnt ada masa & kerja aku da selesai, aku petik sepuas hati.. haha

so, itula sedikit sebanyak update pasal aku setakat ini.. apa2 hal, korg leh cari aku kat facebook & YM ( errul_ramli@yahoo.com ).

Sebelum terlupa. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN KEKAWAN!!

Monday, June 22, 2009

Announcement!!

Pemberhentian menulis Blog sementara.
aku terlalu sibuk dgn projek
yg semakin hampir dgn dateline.
berhenti menulis utk sementara
( 2 hingga 3 bulan ).
kalau nak cari aku,
jumpa di Facebook atau YM.
sekian..

Wednesday, June 3, 2009

kerjala labu...

outstation..outstation..outstation..outstation..
aku da mcm keje kat KL duduk kt jb..
seminggu kat JB, seminggu kat KL..

Monday, June 1, 2009

AKU SUKA DIA!!


Sy suka dia! walaupun masa sound check ptg tu dia agak kelam kabut sikit. Tapi malam event tu, Performance dia tip top. Segar je aku dgr lagu2 dia.. haha.. Peace From Johorean YUNA!!..

Tuesday, May 26, 2009

Tidak Sihat Pemangkin Emosi.

semalam yg menyedihkan, aku diserang selsema (bukan H1N1 ) & batuk yg maha hebat. Mungkin disebabkan oleh kerja yg banyak & hujan yg belum segan utk turun membasahi bumi JB ni. Aku sudah merasakan tanda2 awal nak demam sejak beberapa hari lepas dimana aku mengalami sakit tekak yg teruk & sakit2 disetiap sendi2 aku...dan Akhirnya, virus demam berjaya melumpuhkan sistem imunisasi badan aku semalam.

Namun aku tetap pergi ke pejabat untuk bekerja seperti biasa. Cuma pergerakan aku tidak aktif dan tisu sentiasa ditangan. Tanpa segan silu, aku mempengerusikan Mesyuarat dgn memegang Kotak Tisu Bug Bunny! Geleng kepala boss aku tengok...aku? wat selamba jek..

aku pulang ke rumah seawal jam 6ptg untuk berehat awal kerana pukul 1omlm.. aku ada perlawanan persahabatan futsal dgn satu pasukan yg agak hebat. Setelah mandi & memakan ubat mengikut nasihat doktor. aku tertidur...

Bangun je dari tidur sekitar jam 9malam. aku rasakan badan aku segar sedikit. lebih baik dari tadi. aku capai Handphone aku ditepi katil. terdapat beberapa SMS yg menyuruh aku berehat dari bermain futsal. Aku termenung...

Aku berjalan menuju ke bilik air. Mandi. Aku semakin segar. Sakit2 badanku semua da hilang. Aku nekad. Aku mesti pergi main futsal malam ni. Terdapat byk faktor yg menyebabkan keinginan aku membuak2 utk bermain malam ni.. Antaranya, Ingin menutup mulut pasukan lawan yg kononnya mereka jaguh. (Sebenarnya Hakikat : Mereka juara I-Metro Zon Selatan).

Malam tu, aku memasuki gelangang futsal dgn penuh bergaya. Selepas sesi pemanasan badan, Perlawanan dimulakan. Aku seperti biasa meluru ke arah bola rakus. Merampas & membawa bola dgn kemas ke kotak D. Aku bersedia utk Shoot bola. Aku hayunkan kaki selepas menumpukan semua tenaga badan aku ke kaki kanan aku. Dalam hati aku berkata.. Opening Goal is Mine!!..

Namun.. Sepakan tu seperti seperti sepakan budak umur tiga tahun. Dengan senyum Goal keeper Pasukan lawan menangkap. Bola pergi melantun2 seperti ditimang2 oleh lantai. Aduh! malunyer.. Gelakkan kawan2 kuat kedengaran.. Ditambah dgn ayat penyedap mereka seperti "demam jgn main bola la", " Gaya sepak je mcm best.." dan lain2 hinaan kepada aku..aku sabar.. jgn emosi nasihat aku kat diri aku.

Aku terus bermain. Namun, aku semakin sukar bermain dgn cemerlang. aku seperti hilang arah. Semua sepakan aku tersasar. Ball Passing gagal sambut. Miss ball tak yah citer la.. terlalu byk. Yg paling memalukan bila aku sepak angin.. gile la.. muka aku merah padam menahan marah & malu. Emosi aku gagal dikawal. Aku semakin berang.

Pasukan lawan seolah2 mengambil kesempatan ke atas aku. diorang body contact aku sekuat hati sehingga aku badan aku yg comel ini melayang2 seperti kapal terbang kertas. Aku bengang. Set dalam otak aku, Aku target & aku akan balas. Dendam menguasai diri. Bila budak yg aku target tu bawa bola, aku menhampiri & aku cross body dia dgn kasar bersama harapan dia akan melayang. tetapi.. niat buruk aku membawa padah bila aku yg tersungkur ke lantai. Cis! lagi gelakkan & hinaan aku dgr dari luar padang. Aku semakin bengang.

Rezeki aku malam tu agaknya. Bola sampai tepat dikaki dan salah seorang pemain pasukan lawan berada kira2 setengah meter dari aku. Tanpa aku sedari, aku tersepak bola tepat kearah muka dia.. Hidungnya berdarah..

Dia memandang tepat ke arahku.. aku plak tersenyum sambil sebut "sorry.."
dalam hati aku, adat la main bola bro..

Dia meluru ke arah aku. aku berdiri tegak tak berganjak. Ingin melihat reaksi dia. Tiba2, aku dipeluk oleh rakan pasukanku dari belakang dan dan begitu juga dia. Aku memandang ke arah dia sambil tersenyum sinis. Tak puas hati? Kite settle kat luar...

Perlawanan diteruskan.. Aku meluru ke depan utk menyempurnakan ball passing dari member aku. Belum sempat aku menyambut bola, Satu jeritan maha kuat dari luar padang.

"Errul!.. keluar.. Tukar dgn Ijam"

Uh.. Rupenya suara pengurus aku.. aku melihat ke luar padang. Ijam sudah sedia untuk memasuki padang. Aku gelengkan kepala dan berlalu keluar. Sebaik saja aku sampai ke kerusi rehat ditepi padang, pelbagai Tomahan,Hinaan, Kutukan, fitnah ( ada ke?.. haha) dilemparkan kepada aku. Aku senyap sambil menogak air.

Aku melemparkan pandangan ke arah padang. Melihat gelagat pasukan aku bermain. Aku tau semua ini terjadi disebabkan oleh selsema aku. Badan aku masih lemah & stamina aku tidak berada seperti biasa.

Akibat kedegilan aku, Aku terpaksa menerima semua ini. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kawan2 aku dimana kisah aib akan dijadikan bahan lawak mereka sehingga berbulan2. So, cara permainan aku malam ini akan menjadi bahan lawak & perlian serta kutukan mereka berbulan2 berkuat kuasa serta merta.

Teringat SMS yg dihantar supaya aku jgn bermain futsal. Tapi.. disebabkan kedegilan aku..tangunglah semua ni.. bersedialah utk dikutuk!

Saturday, May 23, 2009

Syg, Jgn la merajuk lagi.

Syg, jangan la mcm ni. Kenapa jadi macam ni? baru setahun aku dgn ko. setiap bulan aku hantar ko gi servis. setiap bulan aku check keadaan ko. setiap minggu aku hantar ko mandi kat car wash. aku pun tak pernah mandi kat situ. ko je yg selalu.

kenapa semalam ko wat hal? kenapa ko xnak hidup bila aku start? kenapa ko keluarkan bunyi2 alarm? ko da tak suka aku ke? ish.. aku paham.. aku bawak ko jumpa mekanik. dia kata bateri ko dah kong.. ish, ko kuat betul makan bateri. baru setahun bateri da kong.

kalau ye pun nak merajuk sebab aku gi outstation naik keta lain, jangan la sampai mcm ni. habis kopak duit aku semalam tukar bateri ko. da la ko demand xnk yg murah. tokey kedai tu pun satu. banyak songel dia. kereta u tak leh pakai bateri basah la, kereta u kena pakai bateri kuasa besar la. itu la , ini la..

Ish!.. nasib baik aku tak belikan ko bateri lori. terniat gak aku bila tokey tu ckp mcm tu. tapi xpe.. ko berjaya mengikis RM3XX dari bag duit aku. aku xkisah pun.

tapi aku sedikit kecewa dgn ko. siang ko da mintak bateri baru, kenapa malam ko pancit? ish.. kesian kat aku. terpaksa bertungkus lumus mengeluarkan peluh utk tukar tayar spare. sakit tangan aku. kenapa ko mesti pancit masa kedai tayar semua da tutup? saje nak dengki aku kan?
tapi xpela.. aku pasrah..


PS: beli kereta baru pun tak menjamin kualiti yg bagus. mcm beli keta second hand je.. ish..

Tuesday, May 19, 2009

Ku Pendam Sebuah Keinginan...


* 998cc, liquid-cooled 4-stroke DOHC 16 valves (titanium valves)
*Bore x Stroke : 78.0mm X 52.2mm
*Fuel Delivery : Fuel Injection with YCC-T and YCC-I
*Ignition TCI : Transistor Controlled Ignition
*Transmission : 6-speed w/multi-plate slipper clutch



Aku sungguh teruja utk memiliki superbike ini. Namun kupendamkan hasrat ini mungkin utk sementara atau mungkin utk selamanya. Teringat kisah dimana aku menyatakan hasrat utk memiliki superbike ini. Kisah tentangan & kutukan dari mereka yg rapat dgn aku.

Kawan2 Aku :
1. “ ko ni xsesuai bwk moto ni r.. mcm !@#$#$ je..” – Kutukan
2. “ Beli la, keta ko bagi aku pakai” – Amik kesempatan
3. “ Larat ke ko nak angkat moto tu time dia jatuh? “ – Kutukan

Family aku:
1. “ klu abg ada duit, beli la.. tp jgn susahkan papa” – Ayah aku
2. “ JANGAN MENGADA2!” – Ibu aku.. haha ( kali pertama tanya )
3. “ Jangan membazir duit boleh x?” – Ibu aku ( utk kali kedua tanya)

Cik Lynn :
1. “U beli la, I potong dua moto tu” - kali pertama tanya.. hahaha
2. “Suka hati u la nak beli ke x, Duit U” - Kali kedua tanya.. haha


Sebenarnya, bukan factor diatas yg menyebabkan aku hilang keinginan aku utk memiliki superbike ini. Tapi atas alasan lain. Aku sebenarnya ingin menyimpan wang utk sesuatu tujuan yg murni. Apa tujuan itu? Hanya aku, cik lynn & family aku je yg tau. So, mungkin aku akan mula memikirkan utk memiliki superbike ini selepas tujuan aku berjaya dengan cemerlang kelak.


Aku juga tidak akan merasa kesal, terkilan, kecik ati atau ingin membunuh diri jika ditakdirkan superbike ini tidak berjaya aku miliki nnt. haha

Saturday, May 16, 2009

kepenatan

aku kepenatan sejak akhir2 ni. kerja yg byk. pagi kat jb ptg kat kl. pagi kat kl, malam kt jb. itu sudah menjadi rutin harian aku sejak sebulan dua ni.

sedikit bengang dimana aku tidak dapat lagi mengadap internet, melayari facebook, frenster, blog & myspace dgn gemilang. aku tidak dapat YM dgn cik lynn dgn cemerlang. aku tidak dapat melihat video2 kegemaran aku di you tube dgn berjaya. ini semua disebabkan projek dateline MPV semakin dekat. hanya tinggal berberapa bulan.

aku tidak lagi berjaya boloskan diri untuk berjamming, bermain futsal dgn aman. bukan tak dapat main terus tp kadang2 aku terpaksa menolak ajakan kawan2 aku kerana kerja. sedikit tertekan disitu. Mungkin sedikit tertekan juga untuk cik lynn dimana aku sentiasa penat & tidak berbual mesra dgn dia seperti sedia kala. tapi dia bgtau aku, di maklum yg aku terlalu penat. ( nasib baik dia paham.. hehe)

aku sudah lama tidak menganjurkan pesta muda mudi bersama kwn2 aku. apa barang malam minggu tido kat umah, tapi aku terpaksa. demi menjaga badan aku yg semakin slim & lansing ni. aku tidak berminat untuk menguruskan badan aku lagi. demi itu jugalah, aku terpaksa tido setiap ada kelapangan. untuk membayar hutang tido aku yg sudag sebulan tertungak.

Wednesday, May 13, 2009

Aku jahat @ dia yg sengal?

aku ada sorang kawan.. aku tak pasti kenapa dia mcm tu. bagi aku dia sengal. tapi ada kawan2 aku yg cakap dia ni nak ikut trend terkini . tapi dalam lurus2 bendul dia pun, dia caring kat kitaorang yg watkan kitaorg senang hati berkawan dgn dia.

aku kelakar dgn perangai dia. adakah dia betul2 nak ikut trend terkini ataupun sengal.. korang baca la entry ni. pastu korang judge la sendiri. aku namakan mamat tu Mr x.

kisah 1.
lokasi: Padang Futsal.

aku tersalah bawa kasut futsal. sebelah lain sebelah lain. tapi disebabkan aku terpaksa bermain malam tu, aku pakai je la. lagipun malam ni friendly dgn geng2 yg aku kenal. so tak malu sgt r.. haha. Dalam situasi memanaskan badan, Mr X tanya aku.

Mr X : Errul, nape kasut ko sebelah ijau sebelah putih?
Aku : ko mana tau, ni stail baru.. christiano ronaldo skrg pun pakai mcm ni..

then, next week punya game.. dia dtg main dgn kasut sebelah lain sebelah lain. Berdekah aku & kawan2 aku dibuatnya.

Kisah 2.
Lokasi: Warung mamak.

Seluar member aku kotak kat kocek belakang. Rabak habis sampai nampak boxer dia. Dia pun tegur member aku.

Mr x : Boy, Seluar ko koyak kat belakang tu..
Boy : ish ko ni, mmg la suar ni koyak kat belakang, design dia mcm tu..
Mr x : ko beli kat mana ek? lawa plak aku tgk (muka serius).

aku dgn boy gelak berguling2 macam nak pecah perut.

Kisah 3.
Lokasi : Studio jamming.

tali gitar aku putus, aku tak perasaan. dah sampai studio baru perasan.

Mr x : mmg trend ke main gitar 5 tali je?
aku : aah ler, paul gilbert & steve vai dah lame main mcm ni la..

esoknya aku dapat sms,

"aku search google, takde pun steve vai & paul gilbert main gitar 5 tali. ko ada video dia x?"

Kisah 4.
Lokasi : Depan rumah mber aku.

Kereta member aku rosak sikit, timing belt dia bunyi kuat.

Mr x : Man, apesal keta ko bunyi mcm tu ek?
Man : owh, itu bunyi turbin twin turbo aku.. keta ada turbo je bunyi mcm ni.
Mr x : Kereta jiran aku pun bunyi mcm ni, tak sangka ek.. kereta buruk pun pakai twin turbo..

aku pandang man, serentak kami gelak sama2..

Tuesday, May 12, 2009

Dia Kemaruk barangkali..

kira2 selang 3 bijik rumah dari rumah aku, ada la budak yg baru pindah dalam 3bulan lepas. aku tak pernah berbual dgn dia, tegur pun tak pernah. al maklumlah.. aku ni mmg sombong.. haha.. sukar dinafikan semua itu.

aku angin sikit dgn perangai budak ni. setiap pagi, dia akan start keta dia & ramp2 sekuat mungkin.. bergema satu taman aku dengar bunyi exzoz piping bodo dia tu. dari hari pertama dia pindah situ, hari2 dia akan ramp2 kita dia kuat2.. dari dalam rumah aku dah jelas dgr..hati aku fikir sambil geleng2 kepala.. sah budak ni kemaruk kereta.. remaja zaman sekarang.. (aku & org lain pun panaskan enjin keta gak tiap2 pagi..stakat start enjin & biar dia je).

nak dijadikan cerita.. malam semalam, selepas aku balik main futsal kira2 jam 12 malam.. aku memasuki jalan besar utk menuju ke rumah aku. Tiba2 sebijik kereta memintas aku dari belakang dgn kurang ajar. setelah diamati, itu kereta budak yg selalu ramp2 pagi2 tu. aku apa lagi.. change gear + tekan minyak sekuat hati.. aku kejar mamat tu.. aku potong dia.. meter aku dah 150km/h.. dia kat belakang aku.. aku ramp sekuat hati.. bagi dia bengang dgn aku.. dia try potong.. aku speed lagi sampai 190km/h.. aku tgk belakang.. dia dah jauh giler dari aku.. aku gelak.. aku ingatkan kereta dia laju giler.. rupanya hancus! hahaha..

aku slowkan kereta aku.. sampai simpang masuk ke taman rumah aku, aku makin perlahankan kereta, aku tunggu dia sampai.. bila dia dah kat belakang aku, aku ramp2 kereta aku sekuat hati.. haha.. dia tak berbuat apa2.. hanya mengikut kereta aku walaupun aku memandu 60km/h..

pagi tadi.. aku dah tak dgr deruman exzoz kereta dia lagi mcm hari2 sebelumnya.. mungkin malu agaknya..


p/s: aku gemar memandu laju..hanya sekadar kepuasan.. tahun ni je aku dah ada 6 saman speed trap..

Monday, May 11, 2009

ANGIN yg belum PUPUS!

Angin yg belum lagi pupus,
kerna ku percaya, aku bisa terbang..

I used to think that I could not go on.And life was nothing but an awful song.But now I know the meaning of true love. I'm leaning on the everlasting arms.If I can see it, then I can do it. If I just believe it, there's nothing to it.........

I believe I can fly. I believe I can touch the sky. I think about it every night and day. Spread my wings and fly away. I believe I can soar. I see me running through that open door.I believe I can fly.

See I was on the verge of breaking down.Sometimes silence can seem so loud.There are miracles in life I must achieve. But first I know it starts inside of me, oh

If I can see it, then I can do it.If I just believe it, there's nothing to it..........

lagu ni aku admire selepas aku tgk space jam. aku tak tau & rasanya ni satu2 lagu dari R kelly yg aku minat..

Wednesday, May 6, 2009

*BENCINTA

Aku sebenarnya keliru. Keliru dengan apa yg aku rasa. Aku yakin yg aku sebenarnya tidak mencintai dia, apatah lagi menyayangi dia. Tapi aku tidak bisa menghilangkan diri dari dia. Pernah berkali kali aku lari, Namun, semua usahaku gagal. Gagal kerana aku sendiri yg kembali mencari dia. Aku tak pasti kenapa.

Aku benci tapi cinta.

Aku bersama dia setiap hari. Aku tak bisa tinggalkan dia. Aku tau, aku bersama dia sudah lama. Aku juga tau, kalau aku terus bersama dia, hidup aku akan rosak.Tapi aku tak mampu. Tak mampu lari dari dia.

Keluarga aku tidak suka pada dia. Dah pelbagai kaedah & ugutan keluarga aku berikan pada aku supaya aku tinggalkan dia. Tetapi aku degil. Aku sudah terpanah & susah utk aku lupakan dia. Aku sudah terjerat.

Kini, buat kesekian kalinya, aku nekad untuk tinggalkan dia buat selama lamanya. Aku mahu mulakan hidup baru tanpa dia. Walaupun susah, aku terpaksa tempuhi. Aku tak mahu hidup aku bertambah teruk kalau aku selalu bersama dia. Maafkan aku. Aku serius.

Doakan aku mampu utk kali ini.
Ini yg ke 3 cubaan aku berhenti merokok! aku benci dia @ rokok!

Tuesday, May 5, 2009

Perubahan Ritual.

Salam hari selasa. Aku sedikit kepenatan dimana masa aku byk habis dgn aktiviti2 aku. Aku bangun seawal pagi untuk memulakan rutin harian aku sehingga lewat malam setiap hari. Ini mungkin sumber2 yg menyumbang aku ke arah syndrom kepenatan terkawal. Syndrom ini jugalah yg membawa aku gagal mengawal kemarahan kecil & minor stress.

Aku fikir, aku perlukan satu perubahan. Perubahan ritual & rutin harian aku selepas waktu berkerja. ( Waktu kerja xleh tukar time..haha.. aku bukan anak boss). Tetapi apa yg patut aku buat? aku tinggal seorang dirumah. kalau duduk lepak sorg2 kat rumah. bosan plak nanti. the most important is, Makan.. mcm mana nak makan kalau aku tak keluar? Aku bingung disitu.

Bait2 lagu Bunkface:Revolusi bermain2 dalam kotak hati aku. Aku keliru menjadi buntu, arah yg ingin ku tuju.

Setelah aku mencuri masa tidur aku untuk berfikir semua ni, aku terfikirkan yg aku perlu jadual semua waktu2 aku. So aku tidak perlukan agenda last minute yg menghiasi malam2 aku. Contohnya, Malam Isnin pergi main futsal, Malam selasa aku lepak rumah basuh baju ke, kemas rumah ke. Malam rabu gi jamming dan lain2 aktiviti utk malam2 seterusnya.. aku menghadkan satu malam utk satu aktiviti sahaja. So takdelah aku balik lewat mcm sekarang. sekurang2nya, aku pulang sebelum jam 12tgh malam.

Untuk makan pulak, kalau aku melakukan aktiviti diluar rumah, aku makan masa aku diluar sahaja, kalau aku melakukan aktiviti dirumah, balik kerja aku tapau Nasi & makan dirumah. Habis cerita. so aku rasa lega sikit. Aku tak perlu kepenatan melakukan aktiviti2 luaran aku selalu. kepada kawan2 aku, terpulang la korg nak ikot jadual aku ke tak. kalau tak boleh ikot, bersedialah bermain futsal tanpa aku, jamming tanpa aku ataupun melakukan aktiviti2 lain tanpa aku. aku exhausted.


ps: Aku perlukan perubahan ritual yg lain, any ideas?

Thursday, April 30, 2009

kerja kerja kerja.. bukak mata kerja

Aku tau aku perlu berkerja. Sememang dari kecik lagi cita2 aku nk pegang jawatan ni. Dari sekolah rendah lagi. So aku juga yg membawa diri aku ke jalan ni. Bagi aku, tiada kerja yg tak ada tekanan.

Aku kecewa dgn sikap melayu berkerja. bukan semua, tapi segelintir. kalau yg kerja jujur & ikhlas tu. Alhamdulilah. Kamu tak perlu tersinggung dgn entry ini. Sila teruskan kecemerlangan kamu & kekalkan.

Apa yg aku nak kongsikan disini, semua ni realiti yg berlaku kat opis aku.

Apa yg aku kecewakan disini bila Melayu sesama melayu berkerja dalam satu tempat. Pantang nampak rakan semelayu dapat layanan istimewa sikit, mula la tabur fitnah, ada skandal dgn bos la, bodek bos la, dan macam2 lagi. Tak cukup dgn itu, siap berbomoh dukun agar budak yg rapat dgn bos tu sakit sampai tak leh keje. Ini realiti hidup aku, aku lalui semua ini.

Bagi melayu yg dimanjakan & mendapat kepercayaan oleh bos tu pulak, mula la mengambil kesempatan atas semua yg diberikan. Mulalah gila kuasa, tunjuk pandai & marah2 staff lain. Kerja sendiri suruh org lain wat. Yg dia pergi curi tulang & lepak kat kedai kopi depan opis.

Kes ni sama dgn dengan melayu yg ada pangkat sikit dalam organisasi syarikat. Musibah yg datang, org bawahan akan jadi mangsa. kalau ada silap sikit. Panggil meeting sampai ke pangarah. Dalam meeting, bukan nak selesaikan masalah.. Tapi nak cari org yg boleh dipersalahkan untuk tutup salah dia. ish.. what the worst behaviour. Melayu Oh Melayu.

Melayu yg bekerja dalam syarikat besar plak, mula la tunjuk kuasa yg dia boleh hentam syarikat melayu yg kecil2 ni. Maklumlah, Projek2 tu sume dari tangan diorg. Kalau nak projek, sila hulur duit bawah meja dulu (rasuah), baru boleh dapat projek. Kalau tak, bagi kat syarikat cina & india je la. Bagi yg dah dapat projek plak, siap2 sedia la kena maki hamun dgn diorg kalau ada silap sikit. tak boleh tolak ansur langsung. Bagi aku, diorg bukan tegas tp tak profesional langsung..

So, kepada melayu yg berperangai macam ni, ubah2 la.. Jangan kerap buat benda2 mcm ni, silap haribulan, korg sendiri yg susah. Tak kat dunia, Mungkin kat akhirat. Percaya hukum karma.
Mudah2an keluarga & kawan2 aku dijauhkan dari terkena & berkelakuan seperti ini.

Wednesday, April 29, 2009

Kesultanan cinta…




Kesultanan cinta…

Ini merupakan judul terbaru album Dewa19 selepas Laskar Cinta, Pangeran Cinta & Kerajaan cinta. Apa yg aku tau, album ini sepatutnya direleasekan pada Akhir 2008, namun sampai sekarang, belum lagi berada dipasaran.

Kesultanan cinta juga mempertaruhan lagu barat lama yg di rombak semula muziknya oleh mereka. Antara lagunya ialah “bohemian rhapsody” & “we are the champion” milik queen, “zombie” cranberries, “ordinary world” duran-duran, serta lagu “imagine” the beatless.
Juga terdapat 5 lagu baru & menjadikan kesemua menjadiknya 10 track.

Single yg bakal kedengaran dicorong2 radio ialah Makrifat cinta & kala cinta berbunga neraka. Hahaha.. mesti layan lagu ni.. dan kemungkinan lagu nyanyian solo Ahmad Dhani iaitu “inilah lagu yg terbuang” juga bakal dijadikan single. Cuma kepastianya belum tahu.

Untuk kesultanan cinta, Dewa19 telah megenepikan Drummer utamanya iaitu Tyo Nugros & digantikan oleh Agung Yudha Asmara disebabkan lutut Tyo sudah pun longgar…hahaha…( Tyo mempunyai masalah kaki la..).

Antara yg menarik didalam album mereka kali ini, Ari Lasso iaitu bekas Vocalis utama mereka sebelum Once telah diundang untuk berduet didalam lagu “janji syurga”.

Berikut adalah track yg bakal terdapat didalam album Kesultanan cinta. ( tertakluk kpd perubahan)…

1. Bohemian Rhapsody
2. Zombie
3. Ordinary World
4. We are the champion
5. Imagine
6. Makrifat cinta
7. Kala cinta berbunga neraka
8. Janji syurga ~ feat Ari Lasso
9. man jadda wajada ~ feat Mulan Jamela
10. inilah lagu yg terbuang.



p/s: bila dewa19 nak wat lagu feat errul ramli on guitar? hahaha

Monday, April 27, 2009

Istana Pasir Dua butir

Semasa aku keluar dgn cik lynn utk pergi lunch haritu, tetiba2 dia gelak besar.. aku tanya kenapa.. dia kata dia nampak Istana Pasir Dua butir mcm dalam citer Laksamana DOREMI lakonan P Ramlee tu. Disebabkan aku sedang memandu dgn kelajuan yg agak laju.. aku tak dapat melihat ape yg digelak oleh cik lynn tu..

Pada esok harinya. waktu yg sama.. aku sekali lagi lalu jalan yg sama utk tujuan yg sama (lunch). Dia suruh aku berhenti. Dia menunjukkan apa yg dikatakan semalam dan aku turut tergelak besar. Aku apa lagi.. keluarkan Digicam.. Zoom & capture! hahah.. aku tak berani gi dekat takut pengawal istana dia marah.. hahaha.. so gambar agak kabur coz aku dah zoom habis.




p/s: hanya sape yg pernah tgk citer LAKSAMANA DOREMI je yg fhm entry ni..

Sunday, April 19, 2009

Aku & Sesuatu

aku masih dalam takde mood untuk blogging..
aku akan kembali dalam masa terdekat..
aku perlu keamanan seketika..
aku perlukan waktu utk berehat.

Thursday, April 16, 2009

Alfatihah

Alfatihah to my untie.
she passed away yesterday @ 4.30am
in Hospital Sultanah Aminah.
"..............................."

Tuesday, April 14, 2009

hectic day!

My untie fight for her life & death in Hospital Sultanah Aminah ICU ward Johor Bahru.
i have to visit & pray for her..
Im Exhausted.

Monday, April 13, 2009

aku tak mahu kaya..

oh.. setiap orang pasti memiliki keinginan untuk kaya. aku tak pernah terfikir sampai ke situ. aku hanya memerlukan kehidupan yg sederhana. Aku tak demand dalam hidup aku. hahaha..

Utk kediaman aku, aku hanya perlukan sebuah banglo 7bilik sahaja. dimana 4 daripadanya aku perlukan utk dijadikan bilik tidur, 1 daripadanya aku gunakan untuk menyimpan beratus gitar2 aku yg mahal seperti Gibson Lespaul SE yg bernilai $usd14000 itu.

Lagi satu bilik aku akan buat studio yg dilengkapi teknologi Practice & recording tercanggih seperti yg digunakan oleh WB utk artis2nya.. haha.. dan yg selebihnya bilik itu aku akan masukkan system Home Surrounding Theater yg paling best untuk aku menonton setiap perlawanan Manchester United!..

Oh ya, Rumah itu mesti juga dilengkapi swimming pool, Padang Futsal utk aku beriadah bersama teman2 ku. Aku hanya perlukan sebuah Roofing Parking area untuk menempatkan Mercedes SLR Brabus McLaren Edition yg bakal mengantikan Evo6 aku skrg..

Tidak lupa juga, aku memerlukan pendapatan cuma $USD150K sahaja sebulan. aku tidak perlukan lebih dari itu. Sekadar cukup makan & pakai sahaja. hahaha..

Aku tidak mahu kaya, Aku sekadar inginkan apa yg aku tulis diatas sahaja.. itu sudah memadai..

huhuhuhuhuhu

Thursday, April 9, 2009

Aku kembali! Dgn jawatan Kosong!

hai semua. aku kembali lagi. Aku pulang awal ke JB disebabkan meeting aku postpone for future notice. BTW, ada hikmah disebalik aku pulang ke office awal dari hari yg sepatutnya.

Aku menawarkan perkerjaan kepada korang semua. Aku memerlukan seorang sharpshooter untuk kerja2 menbenteras gejala curi tulang & busuk hati. Gaji Boleh Dirunding. M8 Stayer Heavy Rifle disediakan. Pengambilan segera!

kepada sesiapa yg berminat hubungi aku dgn pantas! aku betul2 sakit hati!! cis!!




p/s: ati bertambah sakit bila man u boleh seri plak!! argh!!

Monday, April 6, 2009

Aku..aku..takde.. da..

aku tiada seminggu ni.. ish..

Pesanan Terakhirku kpd:

Lady D..
Man U vs Aston Villa ~ 3 - 2
Liverpool Vs Fulham ~ 2 -1
Dua2 menang.. So lady D.. Mcm mana deal?
sila update aku ye..
aku tiada dia alam maya selama seminggu..

Pangeran Oxy..
Kite menang! jom gi old trafford! celebrate!
psst.. last gol tu sape yg wat ek??

Pangeran Elina...
Weh! Rasa nak kejar ko sampai dapat je....

Pangeran Haikal..
Chill out & rilex.. main App kat Fb puas2.. jgn stress2..

Laskar Mama Rempit..
Sory Xdpt jumpe arini.. jgn deal last minute tau..




& kepada Laskar2 yg lain... keep in touch.. i will back soon..